skip to main |
skip to sidebar
Ammar
dan kedua-dua orang tuanya termasuk dalam golongan kaum Muslimin yang
disaksikan oleh pemusuh-pemusuh Islam kerana menerima ajaran Nabi
Muhammad s.a.w. Mereka telah diazabkan diatas batu-batu dan tanah yang
panas membakar. Apabila Rasullullah s.a.w. lalu berdekatan mereka Nabi
Muhammad s.a.w. akan menggesa mereka supaya bersabar sambil memberi
khabar gembira mengenai syurga. Yasir, ayah kepada Ammar telah meninggal
dunia setelah menerima penyiksaan yang berpanjangan. Ibunya yang telah
tua pula ditikam mati dengan dengan lembing oleh Abu Jahal. Dia enggan
meninggalkan agamanya walaupun disiksa dengan pedihnya. Dia merupakan
wanita pertama yang syahid kerana mempertahankan agama.
Apabila Nabi
Muhammad s.a.w. hendak berhijrah ke Madinah, Ammar telah menawarkan
hendak membuat sebuah binaan dimana Nabi Muhammad s.a.w. boleh duduk,
berehat diwaktu petang dan mengerjakan solat. Binaan ini didirikan
dengan batu-batu yang dipungutkan oleh dirinya sendiri. Dia menentang
musuh-musuh Islam dengan penuh keghairahan dan keberanian. Dalam suatu
pertempuran dia telah berkata dengan gembiranya: "Aku akan menemui
kawan-kawan aku tak lama lagi. Aku akan berjumpa dengan Nabi Muhammad
s.a.w. dan sahabat-sahabatnya."
Kemudian ia meminta air untuk
diminum tetapi dia diberi susu. Sambil mengambil susu itu dia berkata:
"Aku mendengar Nabi Muhammad s.a.w.. berkata padaku:"susu inilah minuman
kau yang terakhir didunia!"
Dia bangun lalu meneruskan
perjuangannya menentang musuh sehingga ia gugur. Pada masa itu dia telah
pun berusia sembilan puluh empat tahun....
Moga2 kita dpt mencontohi sikap, sifat, perjuangan baginda rasullullah & sahabat2 baginda.. InsyaAllah
Template by:
0 comments:
Post a Comment