skip to main |
skip to sidebar
Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika
para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana,
kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk
berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah
disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada
Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan
kita bersama.
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya
mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya:
Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis
isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan
Baihaqi)
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam
setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah. (Hadis isnad
sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)
Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada
hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari
Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada
kelebihan. (Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut
oleh imam Sayuti)
Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita
diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah
lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada
pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang
bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.
Sumber: islamituindah.my
Template by:
0 comments:
Post a Comment