Thursday, April 28, 2011

amalkanlah 7 Sunnah Rasulullah S.A.W


Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


No1.jpg Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

no2.bmp Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

no3.png Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

number-4-shaped-pinata.jpgKeempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

number5.jpg Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

number_6.gif Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

number-7.jpgKetujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.







Wednesday, April 27, 2011

Kelebihan seorang wanita...

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan habarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akanmendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketikaini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang
tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,kaki, badan,etc... .



Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap
juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya
kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama
sesungguhnya lebih baik"Ibnu - Majah.









Tuesday, April 26, 2011

Nikmat bersin...



Setiap dari kita pasti juga pernah mengalami bersin. Tapi tahukah bahwa saat kita bersin agar mengucapkan pujian kepada Yang Maha Pengasih ( Ar Rahman ) yaitu dengan mengucap Al hamdulillah. Karena saat kita bersin terhambur dari badan ini sejumlah hal seperti debu, haba’ (sesuatu yang sangat kecil, di udara, yang hanya terlihat ketika ada sinar matahari), atau kutu, atau mikroba yang terkadang masuk ke dalam organ pernafasan. Pentingnya sesuatu yang kebanyakan merugikan tubuh kita. Jadi bersin merupakan sebuah anugerah yang mendatangkan manfaat yang besar bagi tubuh kita.

Oleh sebab itu, sebaiknya hendaklah kita bersopan ketika bersin, supaya disenangi oleh sesiapa sahaja di sekeliling kita, selain daripada memang disukai oleh Allah akan bersin itu sendiri kerana bersin dapat menyehatkan badan dan menghilangkan keinginan untuk selalu mengenyangkan perut, serta dapat membuat semangat untuk beribadah.

Ketika Bersin Sebaiknya Kita…
  1. Merendahkan suara.
  2. Menutup mulut dan wajah(dengan tangan atau saputangan).
  3. Tidak memalingkan leher.
  4. Menyertakan bacaan hamdalah, walaupun dalam keadaan solat.


Kemudian bagi orang yang mendengar orang lain bersin dan lalu memuji Allah agar membalas pujian tersebut. Rasulullah bersabda:

"Apabila salah seorang diantara kalian bersin, maka ucapkanlah Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum "(HR. Bukhari, 6224)
Mengucapkan syukur dengan mengucapkan Al hamdulillah setelah kita bersin itu sunat namun menjawabnya menjadi sebuah kewajiban bagi yang mendengarnya.






Sunday, April 24, 2011

Kisah Nabi Ibrahim vs raja Namrud


Nabi Ibrahim berbahas dengan Raja Namrud tentang Tuhan

Baqarah [258] Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan.

Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. (lalu diambil 2 orang pemuda, seorang dibunuh dan seorang lagi dibiarkan hidup)

Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?

Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu) dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. …Baqarah [258]


Nabi Ibrahim dibakar

Akhirnya Raja Namrud mengambil keputusan agar Nabi Ibrahim dibakar dengan api atau unggun yang besar. Maka Namrud pun terus memerintahkan seluruh rakyatnya agar menyediakan api besar hinggakan sampai peringkat burung-burung tidak berani untuk terbang di atasnya kalau terbang juga mereka akan terbakar kerana nyalaan api yang besar itu.

Setelah sampai masa yang telah ditetapkan, Namrud pun duduk di atas singgahsana sambil terus melihat kepada api yang sangat besar itu di dalam hatinya terselit kegembiraan yang sangat kerana sekejap lagi Nabi Ibrahim akan mati dibakar api, dia gembira kerana api akan memakan seorang yang tidak mahu beriman dengan tuhan mereka.

Mereka pun mengikat Nabi Ibrahim pada satu tiang seakan-akan lastik yang besar dan terus Nabi Ibrahim di lemparkan ke dalam api yang besar itu. Mereka terkejut melihat Nabi Ibrahim kerana ketika mahu dilemparkan dia begitu tenang sekali langsung tidak meronta-ronta ataupun melawan. Lebih terkejutlah lagi bila mereka saksikan bahawa Nabi Ibrahim langsung tidak di makan oleh api bahkan dia boleh berjalan ke sana sini pula dalam api tersebut.


Al Anbiyaa[69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!

Sesungguhnya Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kejahatan dan kezaliman si Raja Namrud.

* tempat nabi Ibrahim dibakar - wilayah Urfa, Turki

Namrud Berlawan Dengan Tentera Nyamuk

Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada mereka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya: “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namrud.”

Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya:

“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk tempang sahaja untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Namrud merasa sakit dan mengarahkan rakyat yang menghadapnya mengetuk kepalanya dengan kasut. Bila diketuk dengan kasut dia berasa lega. Akhirnya nyamuk tempang itu memakan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT. Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.







Thursday, April 21, 2011

Alam Maya VS Alam Realiti



Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

Sedar kah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..

Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..

Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. & Nafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

Lupakah kita pada hablumminannas (
Hubungan Sesama Insan)?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..


Lihat sudah keadaan di sekeliling.. Lupa sudah pada keluarga.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan keluarga terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..

credit to :cahaya hati8








Tuesday, April 19, 2011

Hikmah Solat Berjamaah ( mengikut kajian)




Seorang profesor fizik di Amerika Syarikat membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif & cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif & cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih & lesu selepas melakukan kegiatan seharian.

Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah & mengapa solat
lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.

Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu & bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri & di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan ? sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar & sihat selepas berehat beberapa jam.

Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif & negatif yang hamper seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat & memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.

Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.

Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.

Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan & sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap & istimewa. Segala amalan & suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri & betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.






KELEBIHAN ORANG MENJAGA SOLAT 5 WAKTU SECARA BERJAMAAH




  1. Diangkat kesusahan dalam kehidupannya.
  2. Diangkat siksa kuburnya.
  3. Surat Catatan amalannya diserah kepadanya dengan tangan kanan.
  4. Melalui Sirat Mustaqim secepat kilat.
  5. Masuk kedalam Syurga tanpa hisab.

Betapa terasa tenangnya bila dapat melakukan solat secara berjamaah di masjid. Selama ini aku solat bersendirian. Ruginya jika terlepas solat jamaah kerana pahalanya 27 kali ganda dari solat secara bersendirian. Apa yang aku dapati dari buku agama yang baru dibeli ada menerangkan kelebihan solat berjamaah.

Di dalamnya ada menyatakan bahawa barangsiapa yang mendirikan solat subuh berjamaah dan kemudian dia duduk berzikir kepada Allah s.w.t sehingga terbit matahari, ia akan didindingi dan terselamat daripada api neraka.

Selain dari itu barangsiapa yang solat berjamaah selama 40 hari dengan mendapat takbir yang pertama iaitu Takbiratul Ihram bersama Imam, ia akan terlepas dari api neraka dan terlepas daripada nifaq.

Nabi bersabda lagi bahawa barangsiapa yang hadir solat berjamaah, maka Allah akan memberinya 10 kebajikan pergi dan balik dan dihapuskan padanya 10 kejahatan dan diangkat untuknya 10 darjat.

Banyak lagi kebaikan solat berjamaah tapi memadai jika kita diberikan pada kelebihan yang terakhir seperti yang dinyatakan di atas, sungguh besar ganjaran yang akan kita perolehi tuan-tuan sekelian.






Sunday, April 17, 2011

Kunci kebahagiaan


Biarpun liku-liku hidup yang dilalui terasa begitu payah, namun jika diri benar-benar mengenal Allah dan beribadat kepada-Nya, nescaya kita akan mendapat kebaikan, kebahagiaan dan ketenangan.

Namun jika kita ingkar kepada-Nya, jiwa pasti tidak tenteram walau tinggal di istana yang mewah nan megah. Ketahuilah bahawa di akhir kehidupan adalah pahit dan menderita kerana kita belum memiliki kunci kebahagiaan nan sejati.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “…dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta (berbagai-bagai jenis kekayaan) yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri."” (Surah al-Qashash [028], ayat 76)

Jika diteliti pengertian ayat ini, Allah SWT membela mereka agar tidak terjerumus ke dalam kejahatan di dunia dan di akhirat. Ini adalah janji dan berita gembira daripada Allah bagi orang-orang yang beriman bahawa Allah akan menghindarkan mereka (kerana keimanan mereka) dari semua keburukan orang kafir, godaan syaitan, keburukan diri sendiri, amal perbuatan yang jelek dan membantu meringankan beban mereka. Setiap Mukimin berhak atas pembelaan dan keutamaan seperti ini, sesuai dengan kadar keimanannya. Setiap orang diuji dengan perkara yang berbeza-beza dan percayalah ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita.

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar). Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah at-Taghaabun [064], ayat 11)

Berdasarkan ayat di atas, hendaklah kita memahami bahawa setiap musibah yang menimpa adalah ketentuan Allah. Apabila kita redha dengan dugaan ini, kita akan menerimanya dengan pasrah dan usahlah berputus asa berdoa agar ktia diberi kekuatan dan jalan untuk menghadapi ujian getir itu.



Empat kunci kebahagiaan

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa!” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:
  1. Wanita yang solehah - iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
  2. Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
  3. Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
  4. Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu. Oleh itu hendaklah kita sentiasa berdoa agar ditetapkan hati supaya tidak mudah condong ke arah kemungkaran dan kesesatan.


“….Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).”
(Surah ali-‘Imran [003], ayat 8)

sumber: http://laman-seri.blogspot.com/






Thursday, April 14, 2011

Tanda-tanda hati mati


Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.



Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

1-Hubbul dunia (kasihkan dunia)

2-Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

3-Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

1-Zuhud dengan dunia

2-Zikrullah

3-Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah







Wednesday, April 13, 2011

ORANG YANG PERTAMA???

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah :
Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhammad SAW









Tuesday, April 12, 2011

Kebaikan mengerjakan Solat dari segi fizikal manusia


1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit sengugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik secara semulajadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi serta terhindar daripada sakit buah dada.

12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

13. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

14. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar dari penyakit salur darah dsb.

16. Dari segi psikologi, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dsb.

17. Dari sudut perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang.










Sunday, April 10, 2011

APABILA ISRAFIL MENIUP SANGKAKALA...






Semasa Israfil meniup sangkakala yang pertama (yang berbunyi seperti satu jeritan yang amat kuat tiada boleh nak digambarkan dengan apa2 jua, di mana tatkala mendengarnya akan gugurlah jantung2 manusia, akan gugurlah bayi dalam kandungan tanpa disedari, akan tercampak bayi2 yang sedang disusui ibunya) maka petala2 langit akan runtuh menyembah bumi, hamparan bumi akan bergegar (sila rujuk Surah Zalzalah) dan bergulungan antara lapisan demi lapisan sepertimana hamparan permaidani yang bergulungan. .. Segala2nya hancur berkecai semua isi bumi dan langit ini.. tidak ada walau satu pun makhluk yang terselamat.. Ini pasti dirasai oleh umat yang masih hidup ketika itu. Manakala yang sedang mendiami alam kubur tidak akan merasai sengsara tiupan yang pertama ini..


Sesungguhnya yang pasti semasa waktu hampir menjelang Kiamat maka Allah Maha berkuasa menetapkan bahawa kanak-kanak sudah tidak ada lagi dalam jangka masa itu kerana Allah Maha Adil tidak izinkan kanak-kanak yang mumaiyiz samaada yang Islam ataupun kafir untuk mengalami dan merasai keperitan keadaan yang amat dahsyat itu.. Tiupan sangkakal ke dua adalah untuk memastikan semua makhluk ciptaanNya telah mati termasuklah malaikat Izrail akan mencabut nyawanya dengan perintah dari Maha Agung selepas Malaikat Israfilmelakukan sedemikian.. ketika Izrail mencabut nyawanya sendiri barulah ia mengetahui betapa pedih dan peritnya tatkala nyawa berpisah dari tubuh..selama hayatnya, Izrail ditugaskan untuk mencabut nyawa sekalian manusia dalam pelbagai cara..jika bagi seorang mukmin sejati, maka malaikat ini akan menjalankan pemisahan ruh dari jasad dengan cara yang paling lembut dan tertib..tetapi adalah sebaliknya bagi mereka yang kufur ingkar akan perintah Allah sepanjang hidup mereka, maka malaikat akan menyentap ruh dengan sekeras2nya tanpa belas kasihan dan terasa isi2 daging tubuh bagai disiat2....na' uzubillah min zaalik.. Nabi Muhammad sendiri merasai kesakitan semasa keluarnya ruh dari tubuh baginda, maka apatah lagi bagi kita.. Kemudiannya Israfil akan dihidupkan kembali untuk tiupan sangkakala kali ke 3.. Tiupan kali ini adalah untuk mengejutkan dan membangunkan semula semua makhluk dalam keadaan masing2 sesuai dengan amal ibadah mereka semsa hidup, mereka dihidupkan kembali seolah2 bagai rimpunan cendawan2 tegak berdiri yang tumbuh selepas hujan.. pada ketika ini manusia bangun bangkit mengikut keadaan semasa matinya. jika mati dalam keadaan bermaksiat maka buruk huduhlah keadaannya.. jika mati dengan penuh cerah amal kebaikan maka berseri2 wajahnya dengan nur kemuliaan dan kemenangan.. ada yang berdiri dengan kedudukan kepalanya dibawah, wajah dan tubuh badannya hitam legap bagai arang, wajahnya bagai khinzir atau anjing, berbogel langsung,ada pula yang mataharinya sejengkal di ubun2 kepala dan bermacam2 lagi sesuai dengan timbangan kebaikan atau keburukan yang dilakukannya sepanjang kehidupan dari buaian hinggalah ke liang lahad.. tiupan ke 4 adalah sebagai perintah untuk semua manusia bergerak berduyun2 ke padang Mahsyar dalam keadaan2 masing2 seperti mana ketika bangun semula..ada yg berenang dalam lautan peluh dan ludahnya sendiri, ada yg berjalan berupa khinzir dan bagai keldai, ada pula yang berjalan dengan lidahnya sendiri, ada yang merangkak merayap dan bermacam2 lagi sebagai tanda egala perbuatannya semasa hidup..semuanya berjalan menuju para ambia' iaitu Para Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada kaum2 yang berbeza semasa dialam dunia sebagai petuntuk ke arah kebenaran dan tauhid kepada Allah swt.. pertama sekali semua manusia akan bertumpu kepada Nabi Adam as untuk memohon beroleh syafaat agar dikurangkan balasan buruk dan mencapai balasan syurga..tetapi Nabi Adam menghulurkan bantuan syafaat kepada ummat yang beriman sahaja..begitulah seterusnya manusia berkunjung berjumpa dari satu Rasul ke Rasul mengikut turutan untuk memohon bantuan syafaat hinggalah akhirnya bertemu dengan junjungan besar Nabi Muhammad saw..bagi sesiapa yang rajin dan kerap berselawat kepada baginda sepanjang kehidupan, maka Nabi Muhammad akan mengecam wajahnya dan berkatalah baginda bahawa si polan bin si polan ini adalah sebahagian dari kaumku dan berolehlah baginya bantuan syafaat yang dapat menghindarkannya dari balasan api neraka dengan keizinan Allah Maha Berkuasa.. Tidak lama kemudinnya berlakulah laungan sangkakala ke 5.. tiupan ini membuka setiap pintu2 langi... maka akan turunlah semua buku2 amalan kebaikan dan kejahatan seluruh umat manusia bermula kepada umat Nabi Muhammad berturutan hingga kepada umat2 yang lain. maka untuk umat nabi Muhammad, Allah memerintahkan supaya dihimpunkan disebelah kanan baginda nabi panji2 Al Quran yang di bawa oleh Sayidina Osman ra..dibelakang beliau adalah para sahabat Nabi yang lain yang terdiri daripada Ahli tahfiz Quran, alim ulama yang sentiasa semasa hidupnya dipenuhi dengan bacaan ayat2 suci alQuran. selepas itu panji As Siddiq (yang sentiasa membenarkan) di ketuai oleh oleh Sayidina Abu Bakar Assiddiq. Di belakang nya terkumpul orang2 yang sentiasa benar dalam beragama dan sentiasa membenar dan memegang kebenaran agama Allah pada setiap masa.. Panji puasa pula di bawa oleh sayidina Abu Hurairah kerana beliaulah yang paling rajin menjalankan ibadah berpuasa sepanjang hidupnya..beliau menetapkan hanya 12 hari sahaja untuk tidak berpuasa bagi setiap tahun dan selebihnya dikhususkan untuk puasa.begitulah seterusnya untuk amalan2 kebaikan yang lain.bagi setiap kumpulan di sebelah kanan baginda akan ada panji2 yang diketuai oleh insan yang paling sempurna bagi setiap kebaikan tersebut..manakala disebelah kiri pula akan ada panji2 yang diusung oleh manusia mungkar dan keji.panji pendusta di bawa oleh Abu Lahab. Di belakangnya pula adalah umat Muhammad yang kerap dan gemar berdusta sepanjang hidup..panji munafik pula oleh insan bernama Abdullah yang melarikan dari dari medan perang dan mengahsut orang lain bersamanya, dan diikuti oleh panji2 keburukan yang lain pula..Maka cuba kita renungkan di manakah kedudukan kita ..adakah kita akan mengikuti kumpulan2 yang berada kanan baginda ataupun kita memilih untuk bersama2 insan terkutuk di sebelah kiri baginda??renungkanlah dan cuba perbaiki keadaan hidup kita ini sebelum terlambat.. Kemudian orang yang pertama akan dipanggil Ilahi adalah lah Nabi Muhammad untuk berada di hadapan Allah dalam perbicaraan timbangan.sudah tentulah Baginda Rasulullah akan memasuki syurga dengan sepantas kilat pada kedudukan syurga yang paling tinggi dan utama kerana baginda adalh kekasih Allah yang mat ulung tiada sekelumit dosa pun sepanajang hidupnya sebagai insan mulia yang maksum..disusuli oleh para sahabat nabi seterusnya para alim ulamak dan insan yang menjalankan perintah Allah dengan tekun dan sabar dan akhirnya insan2 yang paling lemah iman dan ibadahnya..pokoknya di sini adalah orang yang baik2 dan beriman sahaja yang mendapat kemuliaan untuk dipanggil namanya terlebih dahulu sebelum orang2 lain..ingin dijelaskan di sini bahawa segala amalan kita akan dihitung dengan teliti dan buku2 ibadah kita menjadi saksi dan tubuh2 mnjadi bukti sebagai setiap perbuatan yang pernah kita amalkan.mulut terkunci dari berkata apa2 dihadapan Allah swt..jika kita mengamalkan banyak kebaikan tetapi pada masa yang sama kita banyak berhutang dengan manusia lain dari segi material, wang ringgit ataupun mulut ucapan nista, fitnah, kutukan dan umpatan, maka semuanya ini akan dituntut oleh tuannya dan pahala kita akan diberikan kepada sipolan tersebut hinggalah habis semua hutang2 kita langsaikan.. jika sudah habis semua pahala kita bayarkan sebagai hutang, maka dosa2 sipolan tuan itu akan dilemparkan ke muka kita dan kita pula yang akan menanggung beban dosanya sebagai ganti hutang kita padanya..ingatlah, tiada suatu apa pun yang terkecuali, semuanya akan dibentangkan di hadapan kita bagai tayangan gambar bagi setiap perkara yang kita lakukan samaada secara jelas terang ataupun tersembunyi. .jika berat timbangan neraca kebaikan dan pahala, maka kita akan melangkah ke syurga idaman dengan penuh gembira tetapi bagi mereka yang gagal, akan terperosok dalam api neraka yang amat pedih sehiggalah semua dosa2 mereka terbalas.. insan yang pertama sekali akan masuk syurga adalah Nabi Muhammad, diikuti oleh para nabi yang lain..tapi oleh kerana betapa sayang dan cintanya nabi kepada umatnya, baginda menangguhkan perjalanan ke syurga sehinggalah semua umatnya dibicarakan amal2 ibadah mereka..baginda tidak mahu masuk dahulu kerana ingin membantu umatnya dan kemudinnya baginda berada di sebelah neraca mizan.. Allah dengan kekuasaanNya membuka pintu syurga di sebelah kanan dan neraka disebelah kiriNya..untuk ke syurga harus melalui titian siratul mustaqim..masing2 berduyun beratur untuk melintasi titian mengikut amalan masing2..sekiranya amalan buruk kita berat, maka nabi yang amat sayangkan umatnya akan menolong kita dengan meletakkan serbannya dan apa sahaja bertujuan untuk meringankan timbangan buruk tetapi jika masih berat juga yang buruk maka nabi yg maksum memohon maaf pada umat tersebut kerana tidak dapat membantu.. lalu akan berjalanlah kita di atas titian itu..pelbagai cara dan rupa semasa melintasi titian tersebut, ada yang laju seperti kilatan, ada yg rasa seperti melalui sehelai rambut yang di dibelah2 tujuh bahagian dan pula yang merasai titian itu seperti tajamnya sebilah pedang yang menyiat2 kakinya, ada yang merangkak2, mengesot dan ada pula yang paling susah yang jalan bergayut menuju syurga..tetapi bagi yang paling malang, akan jatuh tersungkur dari titian dan masuklah ke dalam neraka dibawah itu menjadi penghuninya. . renungkanlah apakah neraca amalan kita nanti lebih berat pada sebelah amalan pahala atau lebih berat pada dosa..fikir2kanlah dan beramallah selagi belum terlambat!!





Thursday, April 7, 2011

Menaikkan Darjat




Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sukakah kamu semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dapat menaikkan beberapa darjat?" Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi (seperti terlampau dingin dan sebagainya), banyak-nya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan shalat. Itulah yang dapat disebut ribath, itulah yang disebut ribath"
(Riwayat Muslim)


Satu contoh mengenai dengan menantikan solat sesudah melakukan solat adalah selepas solat Maghrib, kita duduk di masjid untuk mendengar ceramah sambil menunggu ketibaan waktu Isyak atau pun sekiranya tiada ceramah pada masa itu, kita membaca Al-Quran atau berzikir sementara menunggu masuknya waktu Isyak. paling kurang pun, duduk beriqtikaf di dalam masjid.

Satu lagi contoh bagi "menyempurnakan" wuduk adalah tidak membazirkan air semasa mengambil wuduk - gunakan air sekadar yang perlu.

Berjalan kaki ke masjid bukan saja menaikkan darjat kita di sisi Tuhan, ia juga adalah baik untuk kesihatan badan kita.





Wednesday, April 6, 2011

Kisah mayat yg tdk amanah

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.


Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..


Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.


Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...


Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya.. ..?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...







Tuesday, April 5, 2011

KENAPA AKU DIUJI


Kadang-kadang ...bilamana Kita dilanda pelbagai ujian Dan dugaan hati Ini selalu sahaja merintih...Dan pelbagai persoalan timbul dibenak Hati sanubari Kita.......
KENAPA AKU DIUJI ? " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;" Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum Mereka ,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ? " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal IA amat baik bagimu, Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal IA amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??
" Janganlah kamu bersikap lemah, Dan janganlah pulak kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. " -Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
" WAhai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan ), Dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ), Dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di Daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan )." -Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah )dengan jalan sabar Dan mengerjakan sembahyang; Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin , diri , harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...... -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
" Cukuplah Allah bagiku, tidak Ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal ." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!
" ...... Dan janganlah kamu berputus ASA dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus ASA dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." - Surah Yusof ayat 12 Semoga segala persoalan Dan rintihan yang melanda jiwa Dan sanubari Kita terubat dengan janji-janji Allah.......... Sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat Kita merujuk segala permasalahan.....kerana ialah penawar.....penawar untuk Kita.........marilah Kita kembali kepada Al-Quran.....kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya........

Semoga Allah memberkati sahabat-sahabat di sana....
Wassalam.....






Monday, April 4, 2011

ADAB MENGUAP

1. Menahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.


2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.


3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.









Template by:
Free Blog Templates