Sunday, October 31, 2010

Tidak mahu solat???!!!

Diriwayatkan bahawa pada suatu
hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang
pemuda Arab masuk ke alam masjid
dengan menangis. Apabila Rasulullah
S..A.W melihat pemuda itu menangis
maka baginda pun berkata, "Wahai
orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu,
"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya
telah meninggal dunia dan tidak ada
kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya." Lalu
Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu
Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu
untuk melihat masalahnya. Setelah
mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan
Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu
telah bertukar rupa menjadi
babi hitam, maka mereka pun
kembali dan memberitahu kepada Rasulullah
S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami
lihat mayat ayah orang ini bertukar
menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan
para sahabat pun pergi ke rumah
orang muda dan baginda pun berdoa kepada
Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun
bertukar kepada bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para
sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan,
maka sekali lagi mayat itu berubah
menjadi seperti babi hutan yang hitam,
maka Rasulullah S.A.W pun bertanya
kepada pemuda itu, "Wahai orang muda,
apakah yang telah dilakukan oleh
ayahmu sewaktu dia di dunia
dulu?"

Berkata orang muda itu,
"Sebenarnya ayahku ini tidak mau
mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W
bersabda, "Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan
sembahyang. Di hari kiamat nanti
akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T
seperti babi hutan yang hitam."

Dizaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki
yang meninggal dunia dan sewaktu mereka
menyembahyanginya tiba-tiba kain
kafan itu bergerak. Apabila mereka
membuka kain kafan itu mereka melihat ada
seekor ular sedang membelit leher mayat
tersebut serta memakan daging dan
menghisap darah mayat. Lalu mereka coba
membunuh ular itu.

Apabila mereka coba untuk
membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu
Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa
dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T
yang memerintahkan kepadaku supaya
menyiksanya sehingga sampai hari
kiamat."
Lalu para sahabat bertanya,
"Apakah kesalahan yang telah dilakukan
oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia
telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya :

1. Apabila dia mendengar azan,>
dia tidak mau datang untuk sembahyang
berjamaah.
2. Dia tidak mau keluarkan zakat
hartanya.
3. Dia tidak mau mendengar nasihat
para ulama.

Maka inilah balasannya.

diriwayatkan

orang kafir bersyukur kepada Allah kerana ia tidak termasuk dari golongan munafik
orang munafik bersyukur kerana mereka tidak dilahirkan sebagai anjing
anjing bersyukur, Allah tidak menjadikan mereka khinzir
khinzir bersyukur, kerana mereka bukan dari gologang yang meninggalkan solat


Naudzubillahhi mindzalik...


Thursday, October 28, 2010

Kisah Nabi Ibrahim dan menantunya

Mari kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya.Pd waktu itu puteranya Nabi Ismail tiada dirumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu dengan mertuanya, Nabi Ibrahim.Apabila sampai di rumahnya terjadilah
dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya....

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail
Nabi Ibrahim : Dimanakah suami mu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga ?
Menantu : Oh kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh tidak penah senang dan lapang)
Nabi Ibrahim : Baiklah ! Jika suami mu pulang sampaikan salamku padanya,katakan padanya tukar tiang pintu rumahnya (kiasan untuk menceraikan isterinya)
Menantu : Ya baiklah

Setelah Nabi Ismail pulang dr berburu ,
isterinya terus menceritakan tentang orang tua
yang telah singgah di rumah mereka....
Nabi Ismail : Adakah apa yg ditanya oleh org tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang kehidupan kita....
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ni orang susah, hidup kita ni selalu dalam kesempitan tidak penah senang...
Nabi Ismail : Ada dia pesan apa?
Isteri : Ya ada , dia pesan supaya aku menyampaikan salam kpdmu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu...
Nabi Ismail : Sebenarnya dia tu ayahku, dia menyuruh kita berpisah.Sekarang kembalilah kpd keluargamu...
Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kpd takdir Allah SWT. sanggup pula mendedahkan rahsia rumahtangga kpd orang luar.

Tidak lama slps itu
Nabi Ismail berkahwin lg,setelah sekian lama,
Nabi Ibrahim dtg lg ke Makkah dgn tujuan menziarahi anak dan menantunya.terjd lg pertemuan antara mertua dan menantu yg saling tak mengenali

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah,dia sedang berburu
Nabi Ibrahim : Bagaimana hidupmu sekeluarga mudahan dalam kesenangan
Menantu : Syukur kpd Tuhan, kami semua dlm keadaan sejahtera tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu
Menantu : Silalah duduk sebentar, boleh sy hidangkan sedikit makanan
Nabi Ibrahim : apa pula yg kamu nak hidangkan?
menantu : ada sedikit daging,tunggulah saya sediakan minumandahulu
Nabi Ibrahim : ( berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku berkatilah mereka dalam makan minum mereka Baiklah nanti bila suami mu pulang sampaikan
salamku kpdya. suruhlah dia kekalkan tiang pintu rumahnya (kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail)
Apabila Nabi Ismail pulang dr berburu spt biasa dia bertanya sekiranya da sesiapa yang datang mencarinya
Nabi ismail : Ada sesiapa datang semasa ketiadaan aku dirumah
Isteri : Ya ada seorang tua yang baik rupanya dan perwatakan sepertimu
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang hidup kita
Nabi Ismail ; Apa jawapanmu...
Isteri ; aku nyatakan kpdnya hidup kita dala keadaan baik tiada apa yang kurang, aku ajak dia makan dan minum
Nabi Ismail : Ada dia pesan apa2?
Isteri : Ada, dia kirim salam buatmu dan suruh kekalkan tiang pintu rumahmu...
Nabi Ismail : Oh begitu...sebenarnya dialah ayahku..tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang diminta untuk kekalkan....
Isteri : Alhamdulillah..syukur...

Bagaimana pandangan anda tentang petikan sejarah
ini...sejarah ini sungguh menyentuh jiwakan...
( dipetik dalam buku bertajuk 70 sifat lelaki dan wanita yang perlu diketahui)




Wednesday, October 27, 2010

9 mimpi Rasulullah S.A.W.

Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-
mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh
malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil
nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan
oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang
amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA
YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-
syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan
berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan
dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi
SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali
dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap
gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan
binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang
terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara
mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,
maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA
ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG
LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"




Tuesday, October 26, 2010

Gadis ayu tempah bilik di NERAKA

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup
masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi
di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal dibumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat
menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala
yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan
lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang
tua yang dipenuhi uban menegurnya."Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang
sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih
baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa
pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu
dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai
orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah
kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di
syurga atau neraka?"
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang
tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu,
si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua
tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
"Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan
sebuah bilik di neraka jahannam untukku, " katanya lagi lantas
ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis
manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang
buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang
menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum-
hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia
akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut
celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu
bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis
tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa
nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis
itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak
disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang
menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke
pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan
jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang
aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya
menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba
mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka
terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh simayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang
tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka
dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan
sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus
kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi
kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan
menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita.Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.
Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?
Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila
anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan
arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang
sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di
lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah
undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-
undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.
Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-
undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap
Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. Taman
laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.
Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk
di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita
sentiasa dapat menjaga lidah kita.

* kisah ini sumbangan email dari rakan2. Moga manfaat bersama



Monday, October 25, 2010

Bayangan panasnya api neraka...

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu?

Jibril : sebesar kurma...

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh
lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya
tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk
berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja
itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.
SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)




Sunday, October 24, 2010

Keajaiban dunia sempena kelahiran Rasulullah

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekahal-Mukarramah
sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan.
Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:
1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim
melalui ilham dan sebagainya.
3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w.Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui
peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.

Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa disebalik kelahiran
baginda Junjungan Besar s.a.w.Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya,Aminah, beliau
tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang
kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat
supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan
dilaut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil,
datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke
langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad".
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.
Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya
daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi
pada akhir zaman.Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga
dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.
Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan
tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ
mengalami kerosakan dan kemusnahan. Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan
menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh.
Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah
padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang
Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci
tenggelam ke dalam tanah.
Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.
Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil diatas kepala
melindungi baginda daripada panas matahari.Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.
Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah
itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam
bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah,penutup segala nabi.Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda disisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.
Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu
seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

sumber tulisan: ANISAH BAHYAH HJ. AHMAD, Pensyarah di Kolej Poly-tech MARA, Batu
Pahat




SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telahmemeluk Islamkerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an".
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimanadia tertarikuntuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebutmemerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagunganciptaan Allah!!!
tidakmenunaikan sembahyang, akan otaknyatidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

*Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.







Friday, October 22, 2010

PEMBOHONGAN SEORANG IBU......

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita percaya bahwa kebohongan akan membuat manusia terperuk dalam penderitaan yang mendalam, tetapi kisah ini sebaliknya. Dengan adanya kebohongan ini, makna sesungguhnya dari kebohongan ini justru dapat membuka mata kita dan terbebas dari penderitaan, ibarat sebuah energi yang mampu mendorong mekarnya sekuntum bunga yang paling indah di dunia.

Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku terlahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata : "Makanlah nak, aku tidak lapar" ----------PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA Ketika saya mulai tumbuh dewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di kolam dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan, ia dapat memberikan sedikit makanan bergizi untuk pertumbuhan. Sepulang memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya, ia berkata : "Makanlah nak, aku tidak suka makan ikan" ----------PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA Sekarang aku sudah masuk Sekolah Menengah,demi membiayai sekolah abang dan kakakku, ibu pergi ke koperasi untuk membawa sejumlah kotak mancis untuk ditempel, dan hasil tempelannya itu membuahkan sedikit wang untuk menutupi kebutuhan hidup. Di kala musim dingin tiba, aku bangun dari tempat tidurku, melihat ibu masih bertumpu pada lilin kecil dan dengan gigihnya melanjutkan pekerjaannya menempel kotak mancis. Aku berkata : "Ibu, tidurlah, sudah malam, besok pagi ibu masih harus kerja." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, aku tidak penat" ----------PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA Ketika ujian tiba, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku pergi ujian. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di bawah terik matahari selama beberapa jam. Ketika bunyi loceng berbunyi, menandakan ujian sudah selesai. Ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata : "Minumlah nak, aku tidak haus!" ----------PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.Setelah kepergian ayah karena sakit, ibu yang malang harus merangkap sebagai ayah dan ibu. Dengan berpegang pada pekerjaan dia yang dulu, dia harus membiayai keperluan hidup sendiri. Kehidupan keluarga kita pun semakin susah dan susah. Tiada hari tanpa penderitaan. Melihat kondisi keluarga yang semakin parah, ada seorang pakcik yang baik hati yang tinggal di dekat rumahku pun membantu ibuku baik masalah besar mahupun masalah kecil. Tetangga yang ada di sebelah rumah melihat kehidupan kita yang begitu sengsara, seringkali menasihati ibuku untuk menikah lagi. Tetapi ibu yang memang keras kepala tidak mengindahkan nasihat mereka, ibu berkata : "Saya tidak butuh cinta" ----------PEMBOHONGA N IBU YANG KELIMA. Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sudah waktunya pencen. Tetapi ibu tidak mahu, ia rela untuk pergi ke pasar setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakakku dan abangku yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu berkeras tidak mau menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang tersebut. Ibu berkata : "Saya ada duit" ----------PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM. Setelah lulus dari ijazah, aku pun melanjutkan pelajaran untuk buat master dan kemudian memperoleh gelaran master di sebuah universiti ternama di Amerika berkat sebuah biasiswa di sebuah syarikat swasta.Akhirnya aku pun bekerja di syarikat itu. Dengan gaji yang lumayan tinggi, aku bermaksud membawa ibuku untuk menikmati hidup di Amerika. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mahu menyusahkan anaknya, ia berkata kepadaku : "Aku tak biasa tinggal negara orang" ----------PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH. Setelah memasuki usianya yang tua, ibu terkena penyakit kanser usus,harus dirawat di hospital, aku yang berada jauh di seberang samudera atlantik terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di ranjangnya setelah menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang tersebar di wajahnya terkesan agak kaku karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu menjamahi tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinang air mata. Hatiku perit, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu dengan tegarnya berkata : "Jangan menangis anakku, Aku tidak kesakitan" ----------PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN. Setelah mengucapkan kebohongannya yang kelapan, ibuku tercinta menutup matanya untuk yang terakhir kalinya. Dari cerita di atas, saya percaya teman-teman sekalian pasti merasa tersentuh dan ingin sekali mengucapkan : "Terima kasih ibu..!" Cuba dipikir-pikir teman, sudah berapa lamakah kita tidak menelefon ayah ibu kita? Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk berbincang dengan ayah ibu kita? Di tengah-tengah aktiviti kita yang padat ini, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk meninggalkan ayah ibu kita yang kesepian. Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di rumah. Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan pasangan kita. Buktinya, kita selalu risau akan khabar pasangan kita, risau apakah dia sudah makan atau belum, risau apakah dia bahagia bila di samping kita. Namun, apakah kita semua pernah merisaukan khabar dari orang tua kita? Risau apakah orang tua kita sudah makan atau belum? Risau apakah orang tua kita sudah bahagia atau belum? Apakah ini benar? Kalau ya, cuba kita renungkan kembali lagi... Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orang tua kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata "MENYESAL" di kemudian hari.

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita percaya bahwa kebohongan akan membuat manusia terperuk dalam penderitaan yang mendalam, tetapi kisah ini sebaliknya. Dengan adanya kebohongan ini, makna sesungguhnya dari kebohongan ini justru dapat membuka mata kita dan terbebas dari penderitaan, ibarat sebuah energi yang mampu mendorong mekarnya sekuntum bunga yang paling indah di dunia.

Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku terlahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata : "Makanlah nak, aku tidak lapar" ----------PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA Ketika saya mulai tumbuh dewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di kolam dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan, ia dapat memberikan sedikit makanan bergizi untuk pertumbuhan. Sepulang memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya, ia berkata : "Makanlah nak, aku tidak suka makan ikan" ----------PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA Sekarang aku sudah masuk Sekolah Menengah,demi membiayai sekolah abang dan kakakku, ibu pergi ke koperasi untuk membawa sejumlah kotak mancis untuk ditempel, dan hasil tempelannya itu membuahkan sedikit wang untuk menutupi kebutuhan hidup. Di kala musim dingin tiba, aku bangun dari tempat tidurku, melihat ibu masih bertumpu pada lilin kecil dan dengan gigihnya melanjutkan pekerjaannya menempel kotak mancis. Aku berkata : "Ibu, tidurlah, sudah malam, besok pagi ibu masih harus kerja." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, aku tidak penat" ----------PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA Ketika ujian tiba, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku pergi ujian. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di bawah terik matahari selama beberapa jam. Ketika bunyi loceng berbunyi, menandakan ujian sudah selesai. Ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata : "Minumlah nak, aku tidak haus!" ----------PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.Setelah kepergian ayah karena sakit, ibu yang malang harus merangkap sebagai ayah dan ibu. Dengan berpegang pada pekerjaan dia yang dulu, dia harus membiayai keperluan hidup sendiri. Kehidupan keluarga kita pun semakin susah dan susah. Tiada hari tanpa penderitaan. Melihat kondisi keluarga yang semakin parah, ada seorang pakcik yang baik hati yang tinggal di dekat rumahku pun membantu ibuku baik masalah besar mahupun masalah kecil. Tetangga yang ada di sebelah rumah melihat kehidupan kita yang begitu sengsara, seringkali menasihati ibuku untuk menikah lagi. Tetapi ibu yang memang keras kepala tidak mengindahkan nasihat mereka, ibu berkata : "Saya tidak butuh cinta" ----------PEMBOHONGA N IBU YANG KELIMA. Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sudah waktunya pencen. Tetapi ibu tidak mahu, ia rela untuk pergi ke pasar setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakakku dan abangku yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu berkeras tidak mau menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang tersebut. Ibu berkata : "Saya ada duit" ----------PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM. Setelah lulus dari ijazah, aku pun melanjutkan pelajaran untuk buat master dan kemudian memperoleh gelaran master di sebuah universiti ternama di Amerika berkat sebuah biasiswa di sebuah syarikat swasta.Akhirnya aku pun bekerja di syarikat itu. Dengan gaji yang lumayan tinggi, aku bermaksud membawa ibuku untuk menikmati hidup di Amerika. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mahu menyusahkan anaknya, ia berkata kepadaku : "Aku tak biasa tinggal negara orang" ----------PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH. Setelah memasuki usianya yang tua, ibu terkena penyakit kanser usus,harus dirawat di hospital, aku yang berada jauh di seberang samudera atlantik terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di ranjangnya setelah menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang tersebar di wajahnya terkesan agak kaku karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu menjamahi tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinang air mata. Hatiku perit, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu dengan tegarnya berkata : "Jangan menangis anakku, Aku tidak kesakitan" ----------PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN. Setelah mengucapkan kebohongannya yang kelapan, ibuku tercinta menutup matanya untuk yang terakhir kalinya. Dari cerita di atas, saya percaya teman-teman sekalian pasti merasa tersentuh dan ingin sekali mengucapkan : "Terima kasih ibu..!" Cuba dipikir-pikir teman, sudah berapa lamakah kita tidak menelefon ayah ibu kita? Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk berbincang dengan ayah ibu kita? Di tengah-tengah aktiviti kita yang padat ini, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk meninggalkan ayah ibu kita yang kesepian. Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di rumah. Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan pasangan kita. Buktinya, kita selalu risau akan khabar pasangan kita, risau apakah dia sudah makan atau belum, risau apakah dia bahagia bila di samping kita. Namun, apakah kita semua pernah merisaukan khabar dari orang tua kita? Risau apakah orang tua kita sudah makan atau belum? Risau apakah orang tua kita sudah bahagia atau belum? Apakah ini benar? Kalau ya, cuba kita renungkan kembali lagi... Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orang tua kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata "MENYESAL" di kemudian hari.



BACALAH YAASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.



Wednesday, October 20, 2010

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W


" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia

terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta

diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih

laut "


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak

melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap

selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap

perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan

berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa

billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak

diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun

jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad

Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak

terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,

mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat

mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-

mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!



SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal

seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.

Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati

suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan

keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di

luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk

rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban

salam daripada isterinya.

Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama

dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT

mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya

hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada

dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang

yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia

daripada masuk syurga kecuali maut dan barang

siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah

SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,

rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT

menganugerahkan dia setiap hati orang

yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg

benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan

padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT

mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka

semua memohon keampunan dan mendoakan

baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan

pengambilan rohnya dan dia adalah seperti

orang yang berperang bersama Nabi Allah

sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi

ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT

berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.

bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun

satu ayat..."



"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk

Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk

Akhirat Mu"





Tuesday, October 19, 2010

MAYAT MEMBACA YASIN...

Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar
Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru
saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah
bebas yang amat terkemuka di Malaysia....

Ceritanya begini....
Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar
Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut
seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia
pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la....tempat
pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.... Cara
yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat
dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan
bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk
mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan
mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia
nampak mayat sedang bersila,
buk an tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini
memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk
melihat dengan lebih jelas.

Hasilnya dia mendapati memang mayattersebut sedang bersila dan mayat
tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang
asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah
Surah Yasin. Satu lagi perkara
ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga
tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara
mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat
seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada
tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada
membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada
tumpahan , dia kan duduk di satu
sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah
yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunj ungi
Baitullah.... Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri
dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di
situ.....

Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Sel awat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ing atlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'

Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia



Monday, October 18, 2010

Keluasan Neraka yang amat dasyat

Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada
umatnya....
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang
dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa aku
melihat kau
berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat
Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak
layak bagi orang
yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan
siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka
sebelum ia
merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan
padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka
dinyalakan
selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan
seribu tahun
sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia
hitam gelap,
tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus
engkau
dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum
nescaya akan
dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana
panasnya. Demi Allah
yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli
neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati
penduduk bumi
kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus
engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam
Al-Qur'an
itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai
ke bawah
bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan
hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya
akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi,
dan
minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya
potongan-potongan
api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu
ada
bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan
perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya
bagaikan pintu-pintu
rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,
setengahnya
di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak
perjalanan 70,000
tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali
ganda." (nota
kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk
masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang
munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan
mukjizat nabi Isa
a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya
Al-Hawiyah. Pintu kedua
tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu
ketiga tempat
orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum
majusi
bernama
Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail
diam
segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau
terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di
dalamnya
orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai
mati belum
sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar
keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di
pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw
bersabda: "Ya
Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,
apakah ada
seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?" Jawabnya:
"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.
a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi
s. a. w. masuk
ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk
sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan
bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada
Allah.(dipetik dari
kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh
melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya
terik matahari
Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi
lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000
rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa
yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk
hidayat, sesudah
Kami
menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci,
mereka itu
dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W
bersabda:"
Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat.





Template by:
Free Blog Templates